Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semalam berkata, hubungan China-Malaysia telah memasuki tempoh yang matang, stabil dan berkembang pesat, di samping yang paling baik antara hubungan China dengan pelbagai negara ASEAN yang lain.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam jamuan Kedutaan Besar China di Malaysia sempena menyambut Tahun Baharu Cina.
Menurut beliau, dalam tempoh setahun yang lalu, kedua-dua negara telah memperkasakan rasa saling mempercayai dalam politik, meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pertukaran rakyat, pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang.
China menjadi rakan dagang yang terbesar bagi Malaysia dalam tempoh tujuh tahun berturut-turut. Jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua pihak mencecah USD9.89 bilion pada Disember tahun lalu. Selain itu, kedua-dua negara telah mencapai hasil menang-menang dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).