Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semalam menyatakan, China dan Malaysia sedang memperkasakan kesalinghubungan dalam pelbagai bidang. Jumlah pelancong China yang melawat Malaysia diunjur akan mencecah tiga juta orang pada tahun hadapan.
Menurut Huang, jumlah pelancong China yang melawat Malaysia pada tahun ini mencipta rekod baharu, dengan mencecah 2.1 juta orang.
Pusat Kebudayaan China akan ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun hadapan. Sejumlah projek kerjasama yang besar akan turut dimulakan di Malaysia.