Sebuah kapal yang membawa 28 orang pelancong China rosak dan putus hubungan dalam perjalanan ke Pulau Mantanani, Sabah semalam.
Badan penguatkasa serta syarikat pemilik kapal berkenaan terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Sebuah kapal yang dihantar oleh satu pusat peranginan kemudian mengesan dan menemui kapal yang hilang itu. Selain 28 orang pelancong China, terdapat lagi tiga orang termasuk kapten, anak kapal dan pemandu pelancong di kapal tersebut. Kesemua orang dilaporkan dalam keadaan selamat.