Rali Antarabangsa yang bertemakan "Jalur dan Laluan (B&R), Yunnan yang Berwarna-warni" dilanjutkan agendanya di Malaysia.
Lebih 100 orang usahawan China yang ikut serta dalam temasya sukan kali ini dan usahawan Malaysia mengadakan mesyuarat tentang perdagangan di Kuala Lumpur semalam.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Chua Tee Yong berkata, kerjasama antara Malaysia dengan provinsi Yunnan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan berkembang pesat selaras dengan pelaksanaan inisiatif B&R pada beberapa tahun kebelakangan ini. Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak mencatat USD 173 juta (RM715 juta) pada setengah tahun pertama tahun ini. Pihaknya akan terus menggalakkan syarikat Malaysia melabur di pasaran Yunnan, manakala mengalu-alukan pelaburan syarikat Yunnan di Malaysia.
Rali antarabangsa kali ini bertujuan untuk membina platform antara provinsi Yunnan dengan pelbagai negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan tetang perdagangan, kebudayaan dan sukan.