Cari:
Jumlah Dagangan China-Malaysia Catat USD90 Bilion
2016-11-11 15:21:09 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang semalam berkata, jumlah dagangan antara China dengan Malaysia mencatat USD62.1 bilion pada sembilan bulan pertama tahun ini.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara diunjurkan mencatat USD90 bilion pada tahun ini.

Menurut beliau, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara berkembang dengan stabil.

China merupakan rakan dagang dan sumber import yang terbesar serta pasaran eksport kedua terbesar bagi Malaysia pada ketika ini.

Setakat akhir September lalu, jumlah pelaburan bilateral antara kedua-dua negara mencecah USD10 bilion.

Taman Industri Qinzhou China-Malaysia dan Taman Industri Kuantan Malaysia-China sedang beroperasi di landasan yang semakin standard.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China