Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak menyatakan pada 17 Disember yang lalu, rancangan pembinaan landasan kereta api di pantai timur dilaksanakan dengan berjaya. Ini disebabkan hubungan persahabatan dan kerjasama serta kepercayaan yang begitu kukuh antara Malaysia dengan China.
Najib telah melawat China pada 31 Oktober yang lalu dan membawa pulang pelaburan China yang berjumlah RM144 bilion. Antaranya, RM 55 bilion adalah digunakan untuk projek penyambungan landasan kereta api di pantai timur. Projek itu dijangka akan mendorong pertumbuhan ekonomi di tiga negeri kawasan tersebut. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di tiga negeri tersebut diunjur meningkat 1.5% berkat pelaksanaan projek tersebut.