Cari:
Konsert Jelajah Rombongan Kesenian China di Sibu
2017-01-19 14:06:02 CRI Cetak

Setelah mengadakan konsert jelajah "Budaya China--Rai Pesta Musim Bunga di Seberang Laut" sebanyak lima kali di empat bandar dan dua negara, Rombongan Kesenian Asia dari China telah tiba di Sibu, Sarawak kelmarin.

Sibu menjadi destinasi terakhir bagi rombongan kesenian tersebut.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Tiong Thai King ketika ditemui rombongan kesenian itu berkata, walaupun sejarah bandar Sibu tidak lama, namun pihaknya amat memberikan perhatian dalam usaha menaikkan imej bandar itu.

Sibu mengadakan aktiviti budaya bertema saban tahun.

Persembahan rombongan kesenian kali ini menambahkan kemeriahan suasana sambutan Tahun Baharu Cina di Sibu.

Beliau berharap dengan usaha bersama perantau Cina di seluruh dunia, Tahun Baharu Cina bakal menjadi perayaan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China