Satu armada tentera laut China tiba di Pulau Pinang pada pukul 10.00 pagi semalam untuk mengadakan lawatan persahabatan selama empat hari. Malaysia mengadakan upacara untuk menyambut lawatan armada dari China itu. Sejumlah orang keturunan Cina, perantau China, pelajar China yang melanjutkan pelajaran di Malaysia serta pekerja syarikat China di negara itu melawat kapal pembinasa peluru berpandu Changchun yang ikut serta armada tersebut.
Dalam tempoh lawatan kali ini, laksamana China akan menziarahi pegawai tentera dan ahli politik Malaysia. Askar kedua-dua pihak akan saling mengunjungi dan mengadakan pertukaran serta pertandingan persahabatan bola sepak.