Cari:
25 Orang Terbunuh Serangan di Rakhine
2017-09-01 14:47:05 CRI Cetak

Menurut Jabatan Penasihat Negara Myanmar, setakat 29 Ogos lalu, sebanyak 25 orang termasuk seorang askar, 11 orang polis, seorang pegawai imigresen dan 12 orang rakyat jelata maut dalam serangan yang berlaku di negeri Rakhine. Selain itu, terdapat 18 orang termasuk 12 orang polis cedera.

Beberapa serangan berlaku di Rakhine bermula awal pagi 25 Ogos lalu. Pasukan tentera dan polis telah membunuh sekurang-kurangnya 77 pengganas selain menahan dua pengganas lagi dalam operasi membanteras kumpulan militan dan pengganas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, China mengutuk keras serangan keganasan yang berlaku di Rakhine dan menyampaikan dukacita kepada mangsa. Sebagai negara jiran yang bersahabat, China berharap ketenteraman masyarakat, perpaduan bangsa dan pembangunan ekonomi dapat diwujudkan di Myanmar.

Lihat juga
berita lain
v Pejuang Rohingya serang pondok polis 2017-08-29 15:04:17
v Serangan Berlaku Lagi di Myanmar 2017-08-28 10:57:54
v Guterres Kecam Serangan di Rakhine, Myanmar 2017-08-26 14:52:09
v 71 Maut, Serangan Ganas di Myanmar 2017-08-26 14:37:32
v 10 Maut H1N1 di Myanmar 2017-08-01 14:25:28
v Wabak H5N1 Dikesan di Myanmar 2017-07-27 12:54:06
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China