Upacara meletak batu asas bagi bangunan baharu Institut Konfusius Universiti Kebangsaan Laos diadakan pada pagi 30 September lalu. Menteri Pendidikan dan Sukan Laos, Sengdeuan Lachanthaboun, Duta Besar China ke Laos, Wang Wentian dan wakil universiti itu menyertai upacara tersebut.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2010, Institut Konfusius di Laos semakin berkembang dan bangunan lama itu tidak mampu lagi menampung pelajar yang semakin bertambah.
Bangunan baharu tiga tingkat itu seluas 15,600 meter persegi dan akan siap pada Februari 2019. Ia boleh menampung lima ribu pelajar.