Cari:
Landasan Kereta Api China-Laos Mula Dibina
2016-12-26 11:16:38 CRI Cetak

Upacara perasmian pembinaan landasan kereta api China-Laos diadakan di provinsi Louangphabang, utara Laos semalam. Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith, Duta Besar China ke Laos serta pegawai kerajaan dan wakil syarikat berkenaan menyertai upacara tersebut.

Menteri Projek dan Pengangkutan Awam Laos, Bounchan Sinthavong ketika berucap dalam upacara tersebut berkata, landasan kereta api Laos-China merupakan batu tanda bersejarah bagi kerjasama strategi komprehensif kedua-dua negara. Projek itu amat penting bagi mengembangkan perkembangan sosioekonomi di Laos serta kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pelancongan. Menurutnya, prasarana merupakan asas bagi pembangunan sosioekonomi. Projek itu akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat Laos.

Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Landasan Kereta Api Laos-China, Huang Difu berkata, sebagai projek kerjasama strategik penting yang diterajui oleh pemimpin kedua-dua negara, landasan ini merupakan bahagian yang penting bagi landasan kereta api panAsia serta prasarana yang penting bagi menghubungi China dengan Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China