Cari:
Sidang Menteri Pengangkutan China-ASEAN
2017-10-16 12:23:10 CRI Cetak

Sidang menteri-menteri pengangkutan China-ASEAN ke-16 diadakan di Singapura pada 12 Oktober lalu. Naib Menteri Komunikasi dan Pengangkutan China, Dai Dongchang dan Menteri Penyelarasan Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan bersama-sama mempengerusikan sidang kali ini.

Dai Dongchang telah mengemukakan cadangan bagi kerjasama antara kedua-dua pihak pada tahun depan dan masa akan datang. Pertama, memperkasakan kerjasama dan persepakatan agar mendorong penyelarasan strategi pembangunan dan standard dasar pengangkutan. Kedua, meningkatkan pembinaan saluran prasarana bagi menyokong pembangunan koridor ekonomi. Ketiga, menyempurnakan jaringan perkhidmatan pengangkutan antarabangsa, meningkatkan taraf pemudahan pengangkutan antarabangsa. Dan keempat, memajukan kesalinghubungan maritim.

Dai dalam tempoh sidang kali ini telah menemui rakan sejawatnya dari pelbagai negara ASEAN termasuk Datuk Seri Liow Tiong Lai dari Malaysia dan Budi Karya Sumadi dari Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China