Cari:
Presiden Xi Ucapkan Tahniah Atas Ulang Tahun ASEAN
2017-08-08 14:53:25 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutuskan kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Filipina, negara pengerusi bergilir ASEAN, Rodrigo Duterte, sempena ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.

Beliau bagi pihak kerajaan, rakyat China dan diri sendiri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan dan rakyat pelbagai negara anggota ASEAN.

Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, ASEAN selaku sebuah pertubuhan serantau, semakin kukuh. Pertubuhan ini memainkan peranan yang tidak ternilai pentingnya dalam memelihara kedamaian dan kestabilan serantau, selain menjadi penjana penting bagi pembangunan dunia.

China berharap pembinaan Komuniti ASEAN mencapai kejayaan yang lebih besar agar dapat memberikan sumbangan yang lebih signifikan kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau, demi manfaat seluruh rakyat.

Sejak hubungan dialog antara China dengan ASEAN bermula pada tahun 1991, kedua-dua pihak sentiasa mengutamakan kerjasama dan pembangunan. Dalam tempoh tersebut, kesalingpercayaan politik dan kerjasama pragmatik antara kedua-dua pihak terus diperkasakan. Bagi ASEAN, hubungan rakan dialog dengan China dianggap paling dinamik dan bervariasi.

China bersedia membina komuniti yang berkongsi masa depan bersama China-ASEAN supaya menjadikannya teladan di Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China