Cari:
Bina Persekitaran Undang-Undang yang Harmoni di Rantau China-ASEAN
2017-06-09 14:28:28 CRI Cetak

Forum Hakim Besar China-ASEAN ke-2 mengeluarkan Kenyataan Nanning semalam.

Menurut kenyataan itu, mahkamah di China, ASEAN dan Asia Selatan perlu mengadakan interaksi dan kerjasama yang berterusan bagi mewujudkan mekanisme dalam usaha menyelesaikan sebarang persengketaan rentas sempadan.

Selain itu, langkah tersebut bermanfaat bagi membina persekitaran undang-undang yang harmoni dan berperaturan bagi sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan di rantau ini, di samping menyediakan perkhidmatan dan jaminan perundangan bagi pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Seiring dengan pelaksanaan inisiatif B&R, hubungan perdagangan dan pertukaran tenaga kerja antara China dengan ASEAN dan Asia Selatan semakin erat.

Kerjasama kehakiman antara negara-negara berkenaan perlu ditingkatkan.

Mahkamah tertinggi di negara-negara tersebut perlu memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat untuk meningkatkan keupayaan dan standard kehakiman serta komited mengadili pelbagai kes dengan lebih telus, adil dan efisien demi berkhidmat untuk rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China