Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN 2017 telah dirasmikan di Manila minggu lalu.
Kedua-dua pihak akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mempromosikan sumber pelancongan masing-masing serta menganjurkan simposium untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor tersebut.
Pegawai dari Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China (CNTA) berkata, China dan negara-negara ASEAN menjadi negara sumber pelancong dan destinasi pelancongan yang penting antara satu sama lain.
Kerjasama yang dijalinkan kedua-dua pihak dalam sektor pelancongan akan merangsang pertumbuhan ekonomi, mengeratkan persahabatan serta membantu menjaga keamanan dan kestabilan serantau.
Pada tahun 2016, China menjadi negara sumber pelancong terbesar bagi Indonesia, Vietnam dan Kemboja, kedua terbesar bagi Singapura dan Thailand serta ketiga terbesar bagi Malaysia.