Presiden Mahkamah Rakyat Peringkat Tinggi Wilayah Autonomi Guangxi yang Berpenduduk Etnik Zhuang, China, Huang Ke semalam berkata, pihaknya telah meningkatkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam bidang kehakiman dan menubuhkan tribunal dwibahasa yang bergerak di kawasan sempadan untuk membicarakan kes perdagangan yang berkaitan.
Seiring dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), konflik maritim dan perdagangan semakin mencabar institusi kehakiman China dan negara-negara yang berkenaan.
Wilayah Guangxi yang terletak di kawasan yang paling hadapan dalam kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN, komited menjadi pusat logistik antarabangsa di Teluk Beibu bagi negara-negara ASEAN.