Tahun ini merupakan Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN.
Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping baru-baru ini berkata, aktiviti tersebut akan merangsang pembangunan China-ASEAN.
Menurut beliau, ASEAN telah menggubal pelan pembangunan strategi pelancongan ASEAN 2016-2025 bagi menyediakan pakej pelancongan yang bermutu tinggi.
Pelbagai negara anggota ASEAN termasuk Brunei Darussalam, Laos, Kemboja dan Thailand berusaha meneroka pasaran China.
Negara-negara tersebut menyediakan pakej pelancongan bermutu tinggi dan memudahkan proses imigresen kepada pelancong dari China.
Pembinaan Komuniti ASEAN dan inisiatif Jaluar dan Laluan (B&R) akan memperkasakan komunikasi antara kedua-dua pihak.
Kerjasama pelancongan memainkan peranan penting dalam pertukaran antara rakyat.