Cari:
Pembinaan Hab Maklumat China-ASEAN Dipercepat
2017-03-21 14:44:30 CRI Cetak

Projek pembangunan Nanning sebagai pangkalan utama Hab Maklumat China-ASEAN telah dimulakan secara rasminya baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan, Nanning akan giat mengusahakan beberapa projek, antaranya termasuk Pusat Inovasi Kerjasama Bandar Pintar Baharu China-ASEAN serta Pusat Data Besar China-ASEAN.

Hab Maklumat China-ASEAN merupakan projek ikon bagi wawasan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN.

Projek itu melibatkan pembinaan lima platform, iaitu prasarana, perkongsian maklumat, kerjasama teknologi, pelaburan dan perdagangan serta pertukaran sosiobudaya bagi menyediakan perkhidmatan yang komprehensif bagi pembinaan Laluan Sutera Maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China