Cari:
China, ASEAN Bina Hubungan Bertaraf Lebih Tinggi
2017-08-07 12:44:57 CRI Cetak

Tahun depan merupakan ulang tahun ke-15 terjalinnya hubungan perkongsian strategik China-ASEAN. Hubungan tersebut kini berada pada tahap yang penting untuk terus diperkasakan, dan kedua-dua pihak perlu mengambil peluang ini untuk membina hubungan yang bertaraf lebih tinggi serta membina komuniti berkongsi masa depan yang lebih rapat.

Demikian menurut Menteri Luar China, Wang Yi pada Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN (10+1) di Manila, Filipina semalam.

China dalam persidangan tersebut telah mengemukakan tujuh cadangan bagi memperkasakan hubungan antara kedua-dua pihak.

Para menteri luar ASEAN pula memuji kejayaan dalam menangani isu Laut China dalam tempoh setahun yang lalu. Mereka mengalu-alukan rangka Kod Tatalaku Laut China Selatan (CoC) yang dicapai oleh kedua-dua pihak, serta menantikan perbincangan mengenai CoC dalam rangka Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) bagi memelihara kedamaian dan kestabilan serta mewujudkan kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China