Cari:
China, Vietnam, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perdagangan, Pelaburan
2017-06-27 15:46:50 CRI Cetak

Sidang bagi mempromosi perkhidmatan kewangan Vietnam diadakan di Nanning, China semalam, dengan penyertaan kira-kira 100 orang wakil dari China, Vietnam dan Thailand.

Konsul Besar Vietnam ke Nanning, Pham Thanh Binh berkata, China merupakan rakan dagang terbesar bagi negaranya dalam tempoh 13 tahun lalu. Pada tahun 2016, jumlah perdagangan bilateral mencecah USD100 bilion.

Jumlah pelaburan syarikat China yang berlipat ganda dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini turut menjadikan China sumber pelaburan kelapan terbesar bagi Vietnam.

Pihak berkuasa Vietnam akan terus mengamalkan dasar untuk mempermudah pelaburan syarikat-syarikat China dalam bidang tenaga dan pembangunan infrastruktur.

Konsul Besar Thailand ke Nanning, Chairat Porntipwarawet pula berkata, negaranya paling sesuai untuk merintis keusahawanan di Asia. Pihaknya boleh menyediakan perkhidmatan logistik dan kewangan yang mudah kepada China dan negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China