Cari:
Kemakmuran Hong Kong Rangsang Pembangunan Asia Tenggara
2017-06-28 15:02:10 CRI Cetak

Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong terletak di hujung tenggara China dan berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara. Setelah Hong Kong kembali ke pangkuan tanah air China pada 1 Julai 1997, Tanah Besar China telah memberikan sokongan yang kuat kepada Hong Kong untuk terus mengecapi kemakmuran. Wilayah pentadbiran khas itu pula menjadi platform kepada negara-negara Asia Tenggara untuk meneroka pasaran yang lebih meluas dan mencari peluang pembanguanan baharu.

Menurut pakar Malaysia, industri kewangan adalah sektor yang paling berdaya saing bagi Hong Kong. Hong Kong berjaya memelihara kestabilan dalam krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1997 dan krisis kewangan sejagat pada tahun 2008. Bank-bank yang besar dari Malaysia pula membina cawangan mereka di Hong Kong kerana yakin pada kelebihan wilayah itu.

Rundingan perdagangan bebas antara Hong Kong dengan ASEAN telah memasuki fasa akhir. Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak akan membuka lembaran baharu, sekali gus membawa ruang pembangunan yang lebih meluas kepada negara-negara Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China