Cari:
Xi Akan Hadir Sidang Kemuncak APEC di Vietnam
2017-11-06 12:24:44 CRI Cetak

Kementerian Luar China mengumumkan baru-baru ini bahawa Presiden Xi Jinping akan menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Pemimpin ke-25 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di Da Nang, Vietnam, disusuli lawatan rasmi ke Vietnam dan Laos bermula 10 November nanti.

Ini merupakan lawatan pertama Presiden Xi sesudah Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan baru-baru ini.

Situasi ekonomi dunia pada masa ini agak baik, namun masih wujud unsur-unsur ketidakstabilan dan ketidakpastian. China yang telah memasuki era baharu sesudah kongres PKC tersebut, diharap dapat terus memainkan peranannya sebagai pemangkin dan penyumbang besar kepada proses integrasi ekonomi serantau dan pemulihan ekonomi global.

Naib Menteri Luar China, Li Baodong menyatakan, pihaknya akan terus bekerjasama dengan anggota-anggota APEC lain untuk mendorong kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik, serta pembangunan dan kemakmuran rantau ini bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China