Cari:
China Sumber Pelancong Terbesar Kemboja
2017-12-26 14:21:56 CRI Cetak

Jumlah pelancong China ke Kemboja memecahkan angka sejuta buat kali pertama sepanjang 11 bulan pertama tahun ini, meletakkan China sumber pelancong terbesar bagi negara itu.

Menteri Pelancongan Kemboja, Thong Khon ketika diwawancara baru-baru ini berkata, jumlah pelancong dari China dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini naik 45% berbanding tempoh sama tahun lalu dan menduduki 22% keseluruhan pelancong asing.

Menurut beliau, pelancong dari China menjana pendapatan USD700 juta (RM2.9 bilion) untuk Kemboja tahun ini.

Kerajaan Kemboja telah mengambil pelbagai langkah untuk menarik kedatangan pelancong China termasuk menggalakkan penggunaan mata wang renminbi, memasang papan tanda dalam bahasa Mandarin serta melatih lebih ramai pemandu pelancong yang fasih bertutur Mandarin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China