Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam, Nguyen Ngoc Thien ketika melawat China baru-baru ini berkata, jumlah pelancong China yang melawat Vietnam mencecah empat juta orang pada tahun 2017, angka ini meningkat kira-kira 40% berbanding dengan tahun 2016. Jumlah tersebut diunjurkan meningkat lagi 40% hingga 50% pada tahun ini.
Menurutnya, Vietnam bersedia bekerjasama dengan China dalam pembinaan mekanisme kerja, pemudahan visa dan penambahan penerbangan supaya menarik lebih banyak pelancong China melawat ke negara itu.