Cari:
China, Filipina Kukuhkan Kerjasama Pragmatik
2018-03-22 14:01:04 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui rakan sejawatnya dari Filipina, Alan Cayetano di Beijing petang semalam.

Mereka bersependapat bahawa hubungan antara China dengan Filipina telah memasuki era terbaik pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedua-dua pihak perlu aktif melaksanakan konsesus yang dicapai oleh pemimpin, memperkukuh kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, serta meningkatkan dialog dan kerjasama maritim agar meningkatkan hubungan bilateral.

Cayetano adalah menteri luar pertama yang melawat China pada penggal kerajaan baharu negara ini. Beliau turut menyampaikan surat tahniah Presiden, Rodrigo Duterte kepada Xi Jinping yang sekali lagi dipilih sebagai presiden.

Katanya, Filipina bersedia bekerjasama dengan China untuk bersama-sama menghadapi cabaran.

Wang Yi berkata, pihaknya bersedia memperkasakan penyelarasan strategi pembangunan antara kedua-dua negara dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) berdasarkan hasrat dan keperluan Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China