Ikuti Perkembangan Semasa, Jangan Ketinggalan Zaman

2018-03-29 15:26:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_buheshiyi2

Dunia kita yang selalu berubah dan berkembang pesat susulan  globalisasi serta inovasi dipacu dalam bidang teknologi dan maklumat. Hal ini telah membawa perubahan yang terlalu besar bagi kehidupan umat manusia. Oleh itu, kita semua patutlah mengikuti arus perkembangan semasa dan juga perlu mencari peluang dalam arus pembaharuan.

Jika tidak dapat mengadaptasi perubahan dan tren perkembangan, nescaya akan ketinggalan zaman, nanti dianggap berfikiran tutup.

Kita harus menambah ilmu dari semasa ke semasa agar mengadaptasi dengan perubahan di sekeliling agar terus mencapai kemajuan dalam mana-mana bidang atau perkara.

Cerita peribahasa China "Bu He Shi Yi" turut memberi nasihat sedemikian. Pepatah itu membawa dua jenis maknanya. Makna pertamanya merujuk kepada tingkah laku yang tidak sesuai dengan keperluan semasa atau keadaan yang sebenar. Erti keduanya ialah mempersenda perbuatan yang melanggar kelaziman. 

周乔西