Kejayaan Tidak Boleh Terlepas daripada Latihan

2018-03-29 12:20:31  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_shu

Anda boleh menjadi pakar dalam sesuatu pekerjaan jika tekun berlatih. Anda pasti akan berjaya jika sentiasa berusaha sesuatu perkara tanpa rasa penat dan lelah.

Latihan membolehkan seseorang pekerja menjadi lebih cekap, dan meningkatkan prestasi kerja individu. Latihan berterusan akan memahirkan anda baik dari segi kerja amali, mahupun dari segi kehidupan harian.

Anda akan dapat hasil yang diingini jika anda giat berusaha dan berlatih setiap hari. Menjalankan praktik dan berfikir dengan teliti bukan sahaja menaik taraf kemahiran kita, malah juga membantu kita mencari kunci utama untuk menyelesaikan masalah.

Seperti satu peribahasa China, "Shú Néng Shēng Qiǎo(熟能生巧)atau "Latihan Hasilkan Kecekapan", dan "Kecekapan Merupakan Hasil daripada Latihan" ini membawa erti, kecekapan yang istimewa dapat diperoleh oleh sesiapa sahaja yang sanggup membuat latihan dengan tekun dan gigih tanpa mengaku kalah. 

周乔西