Cubaan AS untuk Mengacau Laut China Selatan Sia-sia Sahaja

2020-08-28 14:34:02  CRI
Share with:

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu menyatakan akan memasukkan 24 syarikat China ke dalam senarai sekatan kerana dikatakan terlibat dalam pembinaan pulau buatan di Laut China Selatan.

Pada hari sama, Jabatan Negara AS mengumumkan sekatan visa ke atas warga China atas alasan sama.

Ini tindakan terbaharu Washington yang terang-terangan mencampuri urusan dalaman China, serta mencabul undang-undang dan norma hubungan antarabangsa. Sudah tentulah perbuatan bersifat hegemoni itu akan dibalas dengan setimpal oleh pihak China, bagi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara sendiri.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, isu Laut China Selatan telah menjadi alat penting bagi sesetengah politikus AS untuk menyekat pembangunan China. Terutamanya, seiring dengan krisis sosial negara itu yang kian serius dan persaingan dalam kempen pilihan raya bertambah sengit, isu berkenaan dipermainkan lagi untuk menimbulkan ketegangan serantau dan melaga-lagakan China dengan jirannya, demi 'strategi Indo-Pasifik'.  

Namun, negara-negara di rantau ini telah lama menyedari bahawa AS yang kononnya menegakkan panji-panji 'kebebasan pelayaran' sebenarnya pengamal hegemoni terbesar dalam urusan berkaitan laut.

Sebelum ini, Presiden Filipina Rodrigo Duterte bertegas negaranya tidak akan menyertai sebarang latihan tentera anjuran AS. Akhbar Yomiuri Shimbun Jepun pula mengulas bahawa negara-negara ASEAN benar-benar mahu mengelakkan hubungan dengan China menjadi buruk.

Berdepan aspirasi untuk mengejar kedamaian dan kerjasama yang telah menjadi konsensus negara-negara di rantau ini, nescaya sia-sia sahaja cubaan politikus AS yang ingin mengapi-apikan pertelagahan di Laut China Selatan.

胡星