Lawan Unilateralisme dengan Multilateralisme

2020-09-17 13:57:11  CRI
Share with:

Berdepan cabaran-cabaran dibawa wabak COVID-19 yang menular di dunia serta bangkitnya amalan unilateral dan perlindungan perdagangan, bagaimanakah masa depan umat manusia?

Pada perasmian sesi ke-75 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) kelmarin, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan presiden baharu UNGA, Volkan Bozkir masing-masing menekankan betapa perlunya masyarakat antarabangsa mempertahankan multilateralisme, menentang unilateralisme dan memperkukuh keyakinan terhadap PBB.

Pada hari yang sama, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menyabitkan AS bersalah mengenakan tarif terhadap produk China bernilai lebih USD200 bilion. Keputusan yang objektif dan adil ini boleh dilihat sebagai tindakan balas penyokong multilateralisme terhadap amalan unilateral.

Mengenang kembali sejarah, multilateralisme menjadi pilihan bersama umat manusia selepas mengalami berbagai-bagai kesengsaraan. Konsep itu juga asas kepada order antarabangsa sedia ada, selain jaminan penting bagi membolehkan setiap negara dapat mengecap keamanan dan pembangunan.

Sistem antarabangsa berteraskan PBB dan order antarabangsa berdasarkan undang-undang memainkan peranan yang tidak dapat digantikan sebagai jaminan keinstitusian bagi keamanan dan kestabilan menyeluruh pasca Perang Dunia II.

China selaku negara membangun terbesar dan salah satu anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, merupakan penyokong teguh multilateralisme. Baru-baru ini, China menyiarkan dokumen pendirian sempena ulang tahun ke-75 PBB yang menjelaskan komitmennya untuk terus memikul tanggungjawab selaku negara besar, berusaha membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, serta memberikan sumbangan sendiri kepada keamanan dan ketenteraman dunia.

覃淼