Cari:
v Thailand Mengalami Pergolakan Masyarakat
Barisan Bersatu Demokrasi Menentang Diktator Thailand (UDD) yang menyokong Bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dan dikenali sebagai kumpulan "Baju Merah" telah mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok selama lebih dua bulan mulai bulan Mac hingga Mei 2010. Walau bagaimanapun, pada 19 Mei lalu, tentera Thai berjaya menyuraikan kumpulan "Baju Merah" dan menamatkan pergolakan itu.
v Rundingan Kerjasama antara Vietnam dengan Amerika Syarikat tentang Nuklear Kegunaan Awam
Pada Ogos lalu, Amerika Syarikat dan Vietnam masing-masing mengesahkan bahawa kedua-dua negara ini sedang mengadakan rundingan kerjasama tentang nuklear untuk kegunaan awam. Kementerian Luar Vietnam menegaskan kerjasama itu hanya dalam bidang penggunaan awam. Manakala pihak A.S. menyatakan bahawa pihaknya "menggalakkan" tetapi tidak memaksa Vietnam melepaskan haknya untuk mengadakan sendiri projek pengayaan uranium. Kerjasama antara kedua-dua negara itu akan membuka pintu kepada syarikat A.S. untuk menyediakan teknologi dan kemudahan nuklear kegunaan awam kepada Vietnam. 
v Pelancong Hong Kong China Ditawan di Filipina
Pada 23 Ogos 2010 yang lalu, sebuah bas pelancongan yang mengangkut 25 orang penumpang, termasuk 22 orang pelancong Hong Kong ditawan oleh penculik bersenjata di kawasan berhampiran Granstan Quirino, bandar Manila, Filipina. Selepas konfrontasi selama kira-kira 11 jam, polis Filipina melancarkan serangan dan berjaya menembak mati penculik itu, namun mengakibatkan 8 orang pelancong Hong Kong maut, dan 6 lagi cedera. Tindakan polis dalam menyelamat tebusan yang gagal itu telah dipersoalkan oleh pelbagai pihak. Kerajaan negara tersebut mengumumkan bahawa tarikh 25 Ogos dijadikan hari perkabungan negara untuk mengingati mereka yang terkorban dalam peristiwa tersebut.
v Singapura Berjaya Adakan Sukan Olimpik Remaja Musim Panas Pertama
Sukan Olimpik Remaja Musim Panas Pertama telah diadakan pada 14 hingga 26 Ogos tahun 2010 di Singapura. Lebih 3,600 orang atlet remaja dari 205 buah negara dan kawasan turut menyertai pertandingan dalam pesta sukan tersebut.
v Kemboja dan Thailand Pulihkan Hubungan Diplomatik Peringkat Kedutaan Besar
Selepas bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai penasihat Perdana Menteri, Hun Sun dan kerajaan Kemboja pada bulan 23 Ogos tahun 2010, Thailand segera menghantar semula duta besarnya ke Kemboja, begitu juga dengan pihak Kemboja. Inilah kali pertama kedua-dua negara tersebut memulihkan hubungan diplomatik peringkat kedutaan besar sejak kedua-duanya negara memanggil balik duta besar masing-masing akibat Thaksin menjadi penasihat Kemboja pada bulan November tahun 2009. Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah membuat perundingan pada bulan Oktober yang lalu dan mencapai persepakatan tentang meningkatkan kerjasama Namun, kedua-dua negara ini masih belum mengubah pendirian mereka mengenai isu kedaulatan kawasan yang berhampiran dengan Kuil Preah Vihear.
v Sidang Menteri Pertahanan ASEAN yang Diperluas (ADMM+) Pertama Menandakan Mekanisme Keselamatan Kawasan Asia-Pasifik yang Baru Sedang Dibentuk
Pada 12 Oktober tahun 2010, Menteri Pertahanan atau wakilnya dari 10 negara anggota ASEAN dan Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Republik Korea dan Amerika Syarikat telah menghadiri sidang yang diadakan di Hanoi, Vietnam itu. Kenyataan bersama yang dikeluarkan dalam sidang itu menegaskan bahawa negara peserta sidang akan memperluas kerjasama pertahanan dan keselamatan untuk menggalakkan kedamaian, keselamatan dan kemakmuran serantau.
v Indonesia dilanda bencana gemba bumi, tsunami, letupan gunung berapi
Pada malam 25 Oktober tahun 2010, kawasan perairan yang berhampiran dengan kepulauan Mentawai, Provinsi Sumatra Barat, Indonesia dilanda gempa bumi yang kuat, pada 7.2 skala Richter dan tsunami yang diakibatkannya. Sekurang-kurangnya 509 orang terkorban, 21 orang lagi tidak ditemui dan lebih 11 ribu orang hilang tempat mereka berlindung akibat bencana tersebut. Gunung berapi Merapi yang terletak di Provinsi Jawa Tengah, Indonesia pula mula meletup pada 26 Oktober, mengakibatkan 304 orang maut dan 330 ribu orang lagi terpaksa meningkalkan rumah mereka dan dipindahkan ke tempat yang selamat. Letupan gunung berapi ini menyebabkan banyak penerbangan antarabangsa dan domestik dibatalkan atau tertangguh. Ini merupakan letupan yang paling besar bagi gunung Merapi sejak 100 tahun yang lalu.
v A.S. dan Rusia Menganggotai Sidang Kemuncak Asia Timur
Sidang Kemuncak Asia Timur ke-5 yang telah diadakan di Hanoi, Vietnam pada 30 Oktober lalu memutuskan untuk mengundang A.S. dan Rusia untuk menganggotai Sidang Kemuncak Asia Timur mulai tahun 2011.Kini, anggota Sidang Kemuncak Asia Timur merupakan sepuluh negara anggota ASEAN serta China, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New Zealand.
v Pavilion-Pavilion Negara Asia Tenggara dalam Ekspo Dunia 2010 di Shanghai Mendapat Sambutan Hangat
Dalam Ekspo Dunia 2010 di Shanghai yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2010, pavilion-pavilion negara dari Asia Tenggara telah menampilkan budaya pelbagai bangsa dan keturunan yang cukup istimewa di kawasan berkenaan. Projek interaktifnya pula mempromosikan aktiviti baru yang berdaya cipta. Para pelancong boleh menikmati dan memahami sosiobudaya Asia Tenggara melalui aktiviti "menikmati budaya secara interaktif" tersebut, termasuk merasai makanan yang sedap, menghayati permainan tempatan, urutan dan persembahan seni kraf tangan. Jumlah pelancong yang melawat Pavilion Negara Indonesia sahaja mencecah 8.15 juta orang.
v Pilihan Raya Pertama di Myanmar Sejak 20 tahun yang Lalu
Myanmar mengadakan Pilihan Raya Seluruh Negara bagi pelbagai parti buat pertama kalinya sejak 20 tahun yang lalu pada 7 November 2010. Seramai lebih 3000 orang calon dari 37 buah parti dan 82 orang lagi calon bebas telah bertanding dalam pilihan raya ini. Parti Perpaduan dan Pembangunan Persekutuan (USDP) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Myanmar, U Thein Sein menang dalam pilihan raya itu. Parlimen baru akan bersidang dalam tempoh 90 hari selepas pilihan raya untuk memilih presiden, timbalan presiden dan membentuk kerajaan baru. Pada masa itu, kerajaan tentera Myanmar akan menyerahkan kuasa kepada kerajaan baru.Pada 13 November yang lalu, pemimpin pro demokrasi Birma Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan rumah.
v Kemboja Mengalami Insiden Rempuhan yang Teruk
22 November tahun 2010 merupakan hari terakhir Pesta Air yang disambut selama tiga hari di Kemboja. Kira-kira tiga juta orang dari seluruh negara telah berkumpul di Phnom Penh untuk menyaksikan aktiviti dalam pesta tersebut. Kira-kira pada pukul 10 malam hari itu, suatu insiden rempuhan telah berlaku ketika kumpulan orang berasak-asak melalui jambatan Intan yang terletak di sebuah pulau, Pulau Intan. Insiden tersebut mengakibatkan 351 orang terkorban, manakala 395 lagi cedera. Berikutan peristiwa itu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengumumkan 25 November sebagai Hari Berkabung Negara Kemboja untuk mengenang mangsa korban dalam insiden tersebut.
v Negara-Negara Asia Tenggara Mencapai Kejayaan Cemerlang dalam Sukan Asia ke-16 Guangzhou
Sukan Asia ke-16 Guangzhou telah diadakan di Guangzhou pada 12 hingga 27 November. Negara Asia Tenggara telah meraih 197 pingat dalam pelbagai acara, antaranya 34 pingat emas. Ini menunjukkan keupayaan dan potensi perkembangan yang agak besar atlet negara Asia Tenggara dalam acara sukan.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China