Cari:
Abdul Ghani Abu: Hang Tuah bertemu Laksamana Cheng Ho di Yinchuan
2011-11-07 13:42:02 CRI Cetak


Penulis di hadapan Masjid Najiahu

Sebelah petang acara kembara diteruskan. Destinasinya ialah Masjid Najiahu. Masjid ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar Yinchuan. Suasana sejuk ditambah dengan hujan renyai-renyai menyambut kedatangan penulis dan rombongan. Hati rasa sayu dan bangga melihat keindahan masjid yang berusia lebih 500 tahun ini. Dibina pada 1524 semasa Dinasti Tang, masjid yang terletak di laluan sutera ini merupakan antara lima buah masjid yang terbesar di China, dan masjid ke 46 terbesar di dunia! Masjid ini terletak dalam perkampungan Najiahu yang didiami lebih 5000 orang. Lebih 80 peratus penduduknya terdiri daripada keluarga yang menggunakan nama keluarga "Na". Dalam bahasa Mandarin, "Hu" bermaksud keluarga, makanya Naijahu bermaksud kampung keluarga Na.


Pintu masuk Masjid Najiahu


Dewan Solat Masjid Najiahu

Di kampung ini terdapat 150 orang penduduk yang telah menunaikan rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji. Pada tahun ini, 10 orang sedang menunaikan haji di Mekah. Setiap kali aidil adha terdapat lebih 300 kambing dan lebih 10 ekor lembu yang akan dikorbankan. Pada kebiasannya, pukul 9.30 pagi lebih 2000 orang penduduk kampung akan berkumpul di masjid menunaikan solat aidiladha. Selepas itu, mereka akan ke kubur saudara mara untuk membersihkannya dan kemudian pulang ke rumah menziarahi sanak saudara dan melakukan ibadah korban. Seperti lazimnya, budaya masyarakat di sini, kulit kambing akan dihantar ke masjid.

Menurut Imam Na Xuejun, 40 tahun, kulit kambing yang didermakan di masjid akan dijual. Pada tahun lepas sejumlah 30 000 Yuan berjaya dikumpulkan hasil penjualan kulit kambing dan digunakan untuk aktiviti pembangunan masjid. Contohnya, pembelian arang batu semasa musim sejuk.


Penulis dan Imam Na Xuejun

Masjid ini mempunyai dua bahagian utama, iaitu dewan solat untuk lelaki dan dewan solat untuk perempuan. Dewan solat lelaki boleh menampung sehingga 1500 orang jemaah pada satu-satu masa. Etnik Hui di sini berpegang kepada mazhab Sunnah. Masjid ini mengadakan kelas agama pada setiap hari. Di samping itu terdapat asrama yang boleh menempatkan 10 orang pada satu-satu masa.

1 2 3 4 5
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China