Cari:
Abdul Ghani Abu: Hang Tuah bertemu Laksamana Cheng Ho di Yinchuan
2011-11-07 13:42:02 CRI Cetak


Pintu masuk Taman Etnik Hui

Di bahagian utara Masjid Najahu terletak Taman Kebudayaan Etnik Hui. Taman ini menyimpan sejarah etnik Hui semenjak Dinasti Tang, saat kegemilangnya semasa kemuncak laluan sutera dan perkembangan etnik Hui sehingga kini. Bagi pengunjung awam, bayaran 60 Yuan dikenakan. Namun, rombongan kami ditaja oleh pejabat penerangan Ningxia. Terima kasih!

Sebagai pusat tarikan pelancongan bertaraf AAAA taman ini amat unik dan menarik. Pintu masuknya mengambil konsep pembinaan Taj Mahal di India. Agama Islam masuk ke China melalui pedagang Arab semasa pemerintahan Dinasti Tang (618 – 907 Masihi). Selepas itu, Islam terus berkembang seiring kerancakan perdagangan di laluan sutera. Penulis berpeluang melihat pameran yang mempamerkan pelbagai maklumat dan bahan sejarah etnik Hui. Yang menariknya di sini ialah al-Quran yang bernilai 180 juta Yuan yang ditulis tangan semasa zaman awal Dinasti Ming dan akhir Dinasti Yuan. Dikatakan sehelai al-Quran ini bernilai USD8000!


Al-Quran bernilai 180 juta Yuan RMB

Penulis juga menemui maklumat tentang kejayaan etnik Hui zaman moden, apabila Timbalan Perdana Menteri China, Hui Liangyu, merupakan dari etnik Hui.


Timbalan Perdana Menteri China, Hui Liangyu daripada etnik Hui (di tengah-tengah)

Penulis teruja melihat patung Laksamana Cheng Ho yang dipamerkan di sini. Inilah yang penulis cari-cari, jalinan hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan China. Penulis temuinya! Cheng Ho dilahirkan pada 1371, dan masuk ke istana pada 1381. Cheng Ho meninggal dunia pada 1432 semasa Dinasti Ming. Cheng Ho disemadikan di Nanjing.


Penulis dan Laksamana Cheng Ho

Pelayarannya memberikan sumbangan besar kepada hubungan diplomatik Dinasti Ming dengan negara luar. Cheng Ho mencetuskan hubungan politik, ekonomi, dan budaya. Cheng Ho telah meletakkan kedudukan Dinasti Ming dalam pentas dunia dan mengeratkan hubungan dengan negara Islam!

1 2 3 4 5
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China