Cari:
Abdul Ghani Abu: Hang Tuah bertemu Laksamana Cheng Ho di Yinchuan
2011-11-07 13:42:02 CRI Cetak


Penulis di hadapan Dewan Emas

Bersebelahan taman ini terletak Dewan Emas yang sungguh indah dan mempunyai seni bina yang halus. Bayaran masuk dewan ini termasuk dalam pakej lawatan ke taman etnik Hui. Dibina pada 2003, siap pada 2005 dan dibuka pada 2008 sempena ulang tahun ke-50 penubuhan wilayah autonomi etnik Hui. Lebih 200 orang tukang ukir dari seluruh China datang ke sini untuk menyiapkan ukiran di tiang dan dinding masjid selama dua tahun. Konsep seni binanya diambil daripada reka bentuk Timur Tengah dan mengekalkan elemen buluh pada tiang-tangnya. Buluh amat sinonim dengan budaya masyarakat China.


Dewan Emas

Dewan ini dibuka secara percuma kepada etnik Hui pada hari raya aidil fitri dan aidil adha. Dibuka percuma selama dua hari. Pada tahun lalu lebih 5000 orang pengunjung datang sehari. Dewan ini boleh menempatkan 3000 orang pada satu-satu masa. Dinding dan tiangnya dihiasi seramik bercorak. Kos pembinaannya menelan belanjan lebih 70 juta Yuan dengan dibiayai oleh kerajaan Kuwait dan kerajaan China. Hamparannya pula daripada kerajaan Turki.

"Dewan yang berkeluasan 8000 meter persegi ini di reka bentuk arkitek tempatan," menurut Yang Jun, dari etnik Hui yang menjadi jurucakap dewan ini. Beliau bekelulusan bahasa Arab dari Sekolah Vokasional Wuzhong.


Penulis dan Yang Jun, jurucakap Dewan Emas

Tanpa disedari cuaca di luar bertambah sejuk dan semakin gelap. Jam di tangan 6.30 petang. Semasa di Masjid Najiahu, paparan waktu solat menunjukkan 6.10 petang waktu Mahgrib dan 6.50 petang waktu Isyak. Begitulah adat menziarah, masa amat mencemburui kita. Sebelum pulang ke hotel, penulis dan rombongan menikmati hidangan makan malam di restoran Muslim berhampiran. Sekali lagi seperti di Kashgar, makanannya sungguh enak dan pelbagai! Terasa hendak meletup perut ini.

Esok, Muslim di China akan meraikan aidiladha. Dijadualkan penulis akan ke masjid esok bersama-sama etnik Hui menghayati hari raya Qorban. Selepas di masjid, penulis akan berkunjung ke rumah etnik Hui melihat sendiri suasana sambutan hari raya Qorban. Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Betapa besarnya nikmat Allah SWT kepada umat Islam, sepertinya nikmat yang penulis peroleh mengikuti rombongan Kembara Muslim 2011 ini, penulis amat bersyukur! Alhamdulillah.

Bersambung ....

(Abdul Ghani Abu, editor Dewan Siswa DBP)


1 2 3 4 5
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China