| Komputer Apple-1 Dilelongkan dengan Harga USD 671.4 Ribu 2013-07-12 Sebuah komputer Apple-1 dilelongkan dengan harga USD 671.4 ribu di Jerman baru-baru ini. Harga lelong itu 1006 kali ganda lebih tinggi daripada harga asal komputer itu yang mula dipasarkan pada tahun 1976 dengan harga USD 666.66. Pada waktu itu, Syarikat Apple hanya mengeluarkan 200 buah komputer jenis itu. |
| Mendekati Kongres Rakyat Kebangsaan China (2) 2013-07-09 Kongres Rakyat Kebangsaan merupakan jabatan perundangan tertinggi Republik Rakyat China. Rombongan wartawan yang terdiri daripada hampir 50 orang dari pelbagai bahagian bahasa CRI telah mengunjungi "The Great Hall of People" atau Dewan Kongres Rakyat di Beijing pada 26 Jun lalu. Para wartawan telah sempat melawat Dewan Mesyuarakat NPC dan mewawancara pegawai dari NPC tentang peranan dan tugas NPC. |
| Wanita yang Kembalikan Intan Ditemuinya 2013-07-05 Puan Fu Zhuli ialah seorang peminat kepada barang-barang kemas di bandar Shenzhen. Ketika mengunjungi satu pameran barang-barang kemas yang diadakan di Hong Kong pada 23 Jun lalu, beliau telah menemui sebuah beg kulit yang tinggal oleh tuannya di sebuah kafe. |
| Mendekati Kongres Rakyat Kebangsaan China (1) 2013-07-02 Kongres Rakyat Kebangsaan merupakan jabatan perundangan tertinggi Republik Rakyat China. Rombongan wartawan yang terdiri daripada hampir 50 orang dari pelbagai bahagian bahasa CRI telah mengunjungi "The Great Hall of People" atau Dewan Kongres Rakyat di Beijing pada 26 Jun lalu. |
| Apakah Itu "Kebahagiaan"? 2013-06-27 Kekayaan rakyat Jerman yang semakin bertambah tidak membantu meningkatkan indeks kebahagiaan penduduk negara itu. Sehubungan dengan itu, 17 orang ahli parlimen dan 17 orang sarjana Jerman bersama-sama mengemukakan saranan supaya indeks kebahagiaan rakyat diutamakan ketika memberikan penilaian terhadap pentadbiran kerajaan, dan bukannya kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK). |
| Diagnosis Sendiri: Selamat atau Bahaya? 2013-06-25 Ramai pengguna internet mencari maklumat berdasarkan simptom penyakit yang timbul pada dirinya, dan kemudiannya melakukan diagnosis sendiri lalu makan ubat-ubatan yang dibeli di farmasi. Cara diagnosis sendiri kian popular terutamanya bagi mereka yang sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk pergi ke hospital. |
| Tahukah Anda: Di Mana Istana Kuno atau Kota Larangan di China? 2013-06-21 Uji pengetahuan anda sambil mengikuti segmen "Tahukah Anda" dalam ruangan "Salam" pada 28 Jun nanti. Dua soalan akan kami kemukakan kepada saudara pendengar. Jika saudara tahu jawapan yang betul, saudara dialu-alukan memberikan jawapan melalui emel mal@cri.com.cn. Rebutlah peluang ini untuk memenangi hadiah istimewa! |
| Amalan Perubatan Tradisional Cina di Malaysia(2) 2013-06-18 Kaedah perubatan tradisional Cina mempunyai sistemnya yang tersendiri. Ilmu yang berasal dari negara China dan telah diamalkan selama beribu tahun ini bukan sahaja masih mempunyai tempat di zaman yang serba moden ini, bahkan semakin diterima oleh masyarakat di negara lain. |
| Anjing dan singa, sahabat sehati sejiwa 2013-06-13 Milo ialah seekor anjing dachshund yang kecil, manakala Bonedigger ialah seekor singa yang seberat 250 kg. Tetapi ini tidak menghalang dua ekor haiwan ini daripada menjalinkan persahabatan yang erat. Dalam sebuah rakaman video yang baru-baru ini menggemparkan pengguna internet, Milo dilihat menjilat-jilat muka Bonedigger dengan penuh kasih sayang. Perbuatan yang mesra itu kemudiannya diajuk oleh Bonedigger dengan lidahnya yang hampir sebesar kepala anjing kecil itu. |
| Amalan Perubatan Tradisional Cina di Malaysia(1) 2013-06-11 Kaedah perubatan tradisional Cina mempunyai sistemnya yang tersendiri. Ilmu yang berasal dari negara China dan telah diamalkan selama beribu tahun ini bukan sahaja masih mempunyai tempat di zaman yang serba moden ini, bahkan semakin diterima oleh masyarakat di negara lain. |
| Pesta Duan Wu 2013-06-04 Pesta Duan Wu juga dikenali sebagai Pesta Perahu Naga dan Pesta Ketupat. Aktiviti perlumbaan perahu sentiasa diadakan sempena pesta tersebut, manakala jenis makanan ringan yang mirip ketupat Melayu pasti dimakan pada hari Pesta Duan Wu. |
| Salam: "Kereta Api untuk Penemuan" di Prague 2013-05-30 Badan perkhidmatan pengangkutan awam Prague, ibu negara Republik Czech baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan kereta api bawah tanah yang khusus untuk pemuda-pemudi yang bujang. "Kereta api untuk penemuan" itu bertujuan memberikan peluang kepada pemuda-pemudi untuk mengenali satu sama lain dan mencari jodoh. |
| Tahukah Anda: Di Mana Masjid yang Paling Tua di China? 2013-05-28 Uji pengetahuan anda sambil mengikuti segmen "Tahukah Anda" dalam ruangan "Salam" pada 31 Mei nanti. Dalam segmen baharu ini, Fadil dan Farah akan saling menawarkan beberapa soalan untuk dijawab. Dua daripadanya akan kami kemukakan kepada saudara pendengar. |
| Jom! Lawat Ekspo Taman Antarabangsa China di Beijing 2013-05-28 Ekspo Taman Antarabangsa (Beijing) China ke-9 telah dirasmikan pada 18 Mei lalu. Ekspo yang akan berlangsung pada 18 Mei hingga 18 November ini, merupakan satu lagi temasya peringkat negara anjuran Beijing yang berlangsung paling lama dan bersaiz paling besar selepas Sukan Olimpik. |
| Benarkah Mi Segera Punca Kanser? 2013-05-21 Kanser perut merupakan jenis kanser yang keempat paling biasa di seluruh dunia. Di China, pesakit kanser perut semakin hari semakin muda. Menurut statistik, kadar pesakit di bawah umur 30 tahun telah meningkat daripada 1.7% pada tahun 1970-an kepada 3.3% kini. Namun, kanser perut antara kanser yang tidak mudah dikesan kerana tiada tanda-tanda yang ketara pada peringkat awal. |
| Patutkah Taraf Pendidikan Tentukan Taraf Pendapatan? 2013-05-14 Dari segi ekonomi, taraf pendapatan pelbagai pekerjaan sebenarnya ditentukan oleh pasaran. Sama ada orang berpendidikan tinggi menerima gaji yang tinggi, ataupun pekerja kasar mendapat pendapatan tinggi disebabkan bekerja keras sebenarnya tidak bercanggah, bahkan ia juga tidak sewajarnya dijadikan bandingan. |
| Patutkah WeChat Kenakan Bayaran? 2013-05-07 WeChat ialah perisian perbualan telefon bimbit percuma yang dicipta dan dikendali oleh Syarikat Tencent China. Berbanding dengan perisian biasa, WeChat mempunyai dua kelebihan ketara. Pertama, ia boleh dipasang dalam telefon bimbit atau alat-alat mudah alih seperti ipad. Kedua, perbualan dalam WeChat lebih kurang sama dengan telefon kerana para pengguna boleh meninggalkan pesanan suara kepada kawan-kawan. |
| Topik Terbaru: Gejala "Mengumpulkan Hartanah Banyak-banyak" di China 2013-04-30 Kos pemilikan hartanah hampir boleh diabaikan sekiranya dibandingkan dengan keuntungan yang boleh diperoleh daripada kenaikan harga rumah di banyak bandar di China. Oleh sebab itu, wujudlah ramai pengumpul rumah sehingga ada yang mempunyai lebih 10 buah rumah, bahkan terdapat pula "rombongan hartanah" sepenuh masa yang mengejar keuntungan melalui jual beli hartanah. |
| Pejalan Kaki Langgar Lampu Merah Didenda 10 yuan 2013-04-23 Di China, terdapat gejala yang kurang bertamadun iaitu pejalan kaki melintas jalan secara beramai-ramai tanpa mempedulikan lampu isyarat lalu lintas. Pada pemikirannya, jika begitu ramai orang membuat salah pada waktu yang sama, mustahil pesalah dapat ditangkap dan didenda satu demi satu. |
| Peribahasa: "Jing Gong Zhi Niao" 2013-04-18 Geng Lei ialah seorang jeneral yang sangat pandai memanah di Negeri Wei pada Zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu lebih 2,000 tahun yang lalu. Suatu hari, Geng Lei berbual-bual dengan maharaja dan melihat seekor angsa liar terbang di udara. Geng berkata dia boleh menjatuhkan angsa liar itu tanpa menggunakan anak panah. Maharaja tidak percaya dan menyangka jeneral itu bercakap besar sahaja. |
| Webradio | ||||
|
|
||||
| Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
|
||||
| Jadual Siaran |
| Menarik |
![]() Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
![]() Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
| Lagi>> |