| Gejala "Mengumpulkan Hartanah Banyak-banyak" di China 2013-04-16 Kos pemilikan hartanah hampir boleh diabaikan sekiranya dibandingkan dengan keuntungan yang boleh diperoleh daripada kenaikan harga rumah di banyak bandar di China. Oleh sebab itu, wujudlah ramai pengumpul rumah sehingga ada yang mempunyai lebih 10 buah rumah, bahkan terdapat pula "rombongan hartanah" sepenuh masa yang mengejar keuntungan melalui jual beli hartanah. |
| Peribahasa "Wan Bi Gui Zhao" 2013-04-11 Cerita mengenai peribahasa "Wan Bi Gui Zhao" ini berlaku pada Zaman Negeri-Negeri Berperang di China, iaitu kira-kira 2,000 tahun yang lalu. Maharaja Negeri Zhao dihadiahkan sebuah batu jed yang sangat cantik dan bermutu tinggi. Maharaja Negeri Qin yang berminat pada batu jed ingin menukar 15 buah kotanya dengan batu jed itu. Maka, Maharaja Zhao menyuruh diplomat veteran, Ling Xiangru membawa batu jed itu dan bertemu dengan Mahajara Qin. |
| Perdagangan dengan Cara Tukar-menukar Barang Hidup Semula di Zaman Serba Moden ini 2013-04-09 Perdagangan dengan cara tukar-menukar barang yang amat popular pada zaman purbakala telah hidup semula di zaman serba moden ini melalui internet. Golongan yang gemar tukar-menukar barang turut diberikan gelaran khusus, iaitu "Huan Ke" yang merujuk kepada "orang yang tukar-menukar barang". |
| Peribahasa: Xue Zhong Song Tan 2013-04-04 Seorang maharaja pada zaman Dinasti Song yang bernama Song Taizong amat sayang kepada rakyatnya. Pada suatu hari pada musim sejuk, cuaca amat dingin akibat salji tebal. Song Taizong yang berpakaian amat tebal duduk di dalam istananya. Walaupun di sekelilingnya diletakkan beberapa relau, baginda masih merasa sejuk. Oleh itu, baginda merasa bimbang akan rakyatnya kerana tentulah mereka akan teruk menderita pada musim sejuk jika tiada relau dan pakaian yang tebal. |
| "Lesen Memandu Antarabangsa" Kian Popular di China 2013-04-02 "Lesen Memandu Antarabangsa" atau lebih dikenali sebagai "International Driving Document" yang diberikan oleh IADC, iaitu Kelab Pemandu Automobil Antarabangsa, agensi di bawah pentadbiran langsung PBB telah timbul di bandar Beijing, Shanghai dan Chengdu. |
| Tradisi Menziarahi Kubur pada Hari Qing Ming 2013-03-26 Hari Qing Ming merupakan satu perayaan tradisional China yang berasal dari zaman Dinasti Zhou, iaitu lebih 2500 tahun yang lalu. Biasanya Hari Qing Ming jatuh pada 4, 5 atau 6 hb April setiap tahun. Qing Ming bagi tahun ini jatuh pada 4 April nanti. |
| Peribahasa "Mang Ren Mo Xiang" 2013-03-21 Terdapat sebuah negeri kecil di India pada zaman purba. Penduduk di negeri itu selalu dipengaruhi oleh pelbagai ajaran sesat kerana tidak pandai berfikir untuk mencari kebenaran. Oleh itu, maharaja negeri itu ingin memberikan pengajaran kepada orang ramai. |
| Kini, Memandu Kapal Terbang Bukan Mimpi Lagi 2013-03-19 Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah beransur-ansur melonggarkan dasar pengawalan ruang udara paras rendah di dalam negeri. Oleh itu, semakin banyak kelab penerbangan individu turut ditubuhkan. Bahkan, sebilangan orang telah berkemampuan untuk membeli kapal terbang sendiri. |
| Peribahasa: "Yi Lin Dao Fu" 2013-03-14 Pada zaman purba, terdapat seorang penduduk kampung yang kehilangan kapaknya. Dia terfikir mungkin anak jirannya yang mencuri kapak itu. Oleh itu, dia sentiasa memerhatikan budak kecil itu. Lama-kelamaan, dia mendapati tingkah laku dan percakapan budak itu amat berbeza dengan budak-budak yang lain, dan sungguh seperti seorang pencuri. |
| Rancangan Istimewa tentang NPC dan CPPCC 2013-03-12 Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 telah diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing pada 5 Mac. Perdana Menteri, Wen Jiabao mewakili Dewan Negara telah membentangkan laporan kerja kerajaan. |
| Peribahasa "Zheng Ren Mai Lyu" 2013-03-07 Terdapat seorang penduduk di Negeri Zheng pada zaman purba yang ingin membeli kasut baharu. Sebelum pergi ke pasar, dia mengukur saiz kakinya lalu menulis ukuran itu pada sehelai kertas. Apabila ingin membeli kasut yang diingininya di pasar, dia mendapati bahawa dia telah terlupa membawa kertas tersebut. Oleh itu, dia balik ke rumah untuk mengambilnya. |
| Rancangan Istimewa tentang NPC dan CPPCC 2013-03-05 Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 telah diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing pada 5 Mac. Perdana Menteri, Wen Jiabao mewakili Dewan Negara telah membentangkan laporan kerja kerajaan. |
| Peribahasa China "Sai Weng Shi Ma" 2013-02-28 Terdapat seorang warga tua yang bernama Sai Weng pada Zaman Zhan'Guo, iaitu lebih 2,000 tahun dahulu. Sai Weng memelihara banyak ekor kuda. Suatu hari seekor kudanya didapati hilang. Ada jirannya datang untuk menyampaikan simpati kepada Sai Weng supaya beliau tidak terlalu kesal. Namun, Sai Weng menganggap kehilangan kuda bukanlah perkara yang menyusahkan hati, sebaliknya mungkin boleh mendatangkan nasib yang baik. |
| Rancangan Istimewa tentang NPC dan CPPCC 2013-02-26 Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 akan diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing pada pagi 5 Mac nanti. Perdana Menteri, Wen Jiabao mewakili Dewan Negara akan membentangkan laporan kerja kerajaan. |
| Peribahasa China "Yue Huai Yi Ji" 2013-02-21 Peribahasa "Yue Huai Yi Ji" menggambarkan orang yang enggan membetulkan kesalahannya dengan segera walaupun sudah menyedari kesalahan tersebut.Cerita ini berlaku di Negeri Song pada zaman purba. Rakyat di negeri itu menderita kehidupan yang susah dengan kutipan cukai yang membebankan. Seorang pegawai kanan yang bernama Dai Yingzhi memutuskan untuk menurunkan kutipan cukai di negerinya. |
| Bolehkah Mohon Lesen Memandu Setelah Belajar Sendiri? 2013-02-19 Xiao Su, seorang penduduk bandar Nanjing baru-baru ini telah ditolak untuk menyertai peperiksaan untuk mendapat lesen memandu oleh Jabatan Pentadbiran Kenderaan Nanjing kerana beliau tidak pernah mengikuti kursus memandu di sekolah memandu. Sebaliknya, beliau diajar oleh bapa saudaranya yang telah memandu kereta selama lebih 30 tahun. Mengapa tidak dibenarkan menyertai peperiksaan untuk mendapat lesen memandu setelah belajar sendiri? |
| Peribahasa China "Cheng Men Shi Huo, Yang Ji Chi Yu" 2013-02-14 Peribahasa "Cheng Men Shi Huo, Yang Ji Chi Yu" bermakna pintu gerbang terbakar, ikan di dalam kolam pun mati. Cerita ini berlaku pada zaman purba. Pada suatu hari, pintu gerbang di sebuah bandar mengalami kebakaran yang besar. Untuk memadamkan kebakaran, orang terpaksa mengambil air daripada sebuah kolam yang berdekatan. |
| Adakah Kenaikan Cukai Tembakau akan Kurangkan Jumlah Perokok? 2013-02-12 Adakah kenaikan cukai tembakau benar-benar akan mengurangkan jumlah perokok? Pada hakikatnya, langkah tersebut tidak begitu berkesan. Sebagai contoh, cukai tembakau di Britain telah mencapai 80%, namun masih gagal menghalang orang daripada merokok. |
| Bagaimana Menghabiskan Cuti Umum Yang Panjang? 2013-02-08 Tahun Baharu China jatuh pada 10 Februari nanti. Oleh itu, cuti umum selama 7 hari akan bermula pada 9 hingga 15 Februari nanti di Tanah Besar China. Bagaimana menghabiskan masa cuti umum yang panjang ini? |
| Peribahasa China "Cao Chuan Jie Jian" 2013-02-07 Peribahasa "Cao Chuan Jie Jian" bermakna "meminjam panah menggunakan kapal patung rumput". Ia berasal daripada cerita Zhu Geliang, seorang penasihat tentera yang amat bijaksana yang berjanji untuk menyediakan 100 ribu anak panah dalam tempoh 3 hari atas arahan Jeneral Zhou Yu untuk menewaskan musuh mereka, iaitu Cao Cao. |
| Webradio | ||||
|
|
||||
| Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
|
||||
| Jadual Siaran |
| Menarik |
![]() Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
![]() Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
| Lagi>> |