Cari:
• Sambutan Tahun Baharu Cina 2013-01-31
Tahun Baharu Cina yang terjauh pada 10 Februari merupakan hari perayaan yang amat penting bagi rakyat China, malah mereka yang berketurunan Cina di seluruh dunia. Selain tradisi dan adat resam yang tetap dikekalkan, Tahun Baru Cina kini juga disambut dengan pelbagai cara yang baharu. Bagaimana suasana sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia?
• Masalah Dalam Mengambil Anak Angkat 2013-01-29
Menurut statistik Kementerian Hal Ehwal Awam China, setakat ini anak-anak yang tiada ibu bapa di China telah mencatat 615 ribu orang. Angka ini selalu berubah kerana di samping anak yatim diambil sebagai anak angkat, terdapat pula anak yang dibuang atau kehilangan ibu bapa.
• Macam-macam Fenomena pada Tahun Baharu Cina 2013-01-24
Tahun Baharu Cina merupakan hari perayaan yang paling penting bagi rakyat China dan juga penduduk berketurunan Cina di seluruh dunia. Dalam menikmati suasana perayaan yang amat meriah dan menggembirakan, pelbagai fenomena sering timbul menjelang dan selepas sambutan cuti Tahun Baharu Cina.
• Adakah Anda Akan Membungkus Lebihan Makanan? 2013-01-22
Bagaimana menangani lebihan makanan selepas menjamu selera di restoran? Adakah membiarnya dibuang atau membungkus dan membawanya pulang untuk dimakan nanti? Sejak kecil lagi, kita telah diajar supaya menghargai makanan. Namun pada hakikatnya, pembaziran makanan berlaku di mana-mana sahaja sekarang ini.
• Tahu Tak Peribahasa China: An Tu Suo Ji 2013-01-17
Peribahasa ini membawa pengajaran tentang seseorang yang hanya sentiasa menguruskan sesuatu perkara itu mengikut acuan yang sedia ada, dan tidak tahu mengubah suai caranya mengikut keadaan semasa. Ia menasihati kita supaya jangan memegang aturan-aturan yang sedia ada tanpa mempertimbangkan praktiknya.
• Hati-hati! Gemuk Akibat Terlalu Sibuk 2013-01-15
Sekiranya kita kurang bergerak dan bersenam, badan kita mudah menyimpan terlalu banyak lemak sehingga menjadi gemuk. Betulkah langkah terbaik untuk mengurangkan berat badan ialah dengan menjadi sibuk sekali? Pastilah tidak.
• Tahu Tak Peribahasa China: Zou Ji Bi Mei 2013-01-10
Perdana Menteri negeri Qi, iaitu Zou Ji agak tegap dan tampan. Menurut ceritanya, pada suatu pagi, setelah mengemaskan bajunya, dia mula meneliti dirinya di depan cermin, lalu bertanya kepada isterinya, "Antara saya dengan Xu Gong yang tinggal di sebelah utara, siapa yang lebih kacak?" Isterinya menjawab, "Pastilah abang lebih kacak. Rupa Xu Gong itu mana boleh bertanding dengan abang?"
• Adakah Diet Vegetarian Merujuk Kepada Makanan Tanpa Daging Semata-mata? 2013-01-08
25 November lalu disambut oleh semua vegetarian di seluruh dunia sebagai Hari Tanpa Daging Sedunia yang bermula di India pada tahun 1986. Sebut tentang diet vegetarian dan pengamal gaya hidup vegetarian, kita mungkin terbayang tema melibatkan agama, mengurangkan berat badan dan kesihatan. Namun pada hakikatnya, terdapat pelbagai faktor yang mendorong kebanyakan orang memilih diet vegetarian.
• Tahu Tak Peribahasa China: Yu Gong Yi Shan (Pak Pandir Ratakan Gunung) 2013-01-03
Pada zaman dahulu kala, ada seorang tua yang dikenali sebagai Pak Pandir. Usianya sudah hampir 90 tahun. Rumahnya berhadapan dengan dua buah gunung yang besar, iaitu Gunung Thaihang dan Gunung Wangwu. Kedua-dua buah gunung tersebut menjadi penghalang perjalanan Pak Pandir sekeluarga.
• Cubalah Baca Hidup Orang Lain di Perpustakaan Orang Hidup 2013-01-01
Konsep "Perpustakaan Orang Hidup" atau "Human Library" dalam bahasa Inggeris, kebelakangan ini kian popular di lebih 10 buah bandar di China seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou, Xiamen, Jinan dan Changchun. Pada asalnya, "Perpustakaan Orang Hidup" diperkenalkan oleh persatuan "Hentikan Kekerasan" yang ditubuhkan oleh lima orang remaja di Copenhagen, Denmark.
• Tahu Tak Peribahasa China: Kua Xia Zhi Ru 2012-12-27
Peribahasa ini merujuk kepada orang atau golongan yang sanggup menerima penghinaan buat sementara waktu biarpun diminta merangkak di bawah kelangkang orang. Orang atau golongan dengan sifat ini diyakini dapat berjaya pada suatu hari nanti, baik dalam kehidupannya, mahupun dalam kerjayanya.
• Temu Bual Dengan Prof.Dr.Mohd.Taib,Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China (2) 2012-12-25
Profesor Dr. Mohd. Taib Hj. Dora yang kini menyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China di Beijing Foreign Studies University (BFSU) telah dijemput oleh Bahagian Bahasa Melayu CRI untuk bertemu bual dalam ruangan Suara Sutera.
• Selamat Tahun Baharu 2013! 2012-12-20
Bagi pihak CRI dan Bahagian Bahasa Melayu CRI, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada anda yang selalu memberi perhatian dan sokongan kepada kami sepanjang tahun ini. Pada saat yang begitu bermakna ini, kami mendoakan anda kekal sihat, sejahtera dan ceria pada tahun yang baharu ini.
• Temu Bual Dengan Prof.Dr.Mohd.Taib,Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China 2012-12-18
Profesor Dr. Mohd. Taib Hj. Dora yang kini menyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China di Beijing Foreign Studies University (BFSU) telah dijemput oleh Bahagian Bahasa Melayu CRI untuk bertemu bual dalam ruangan Suara Sutera.
• Apa Boleh Buat Pada "Hari Kiamat"? 2012-12-13
Menurut ramalan tamadun Maya kuno, 21 hb Disember tahun ini ialah "Hari Kiamat". Setelah matahari terbenam pada hari tersebut, subuh tidak akan tiba. Sementara itu, filem "2012" yang memaparkan hari kiamat menyebabkan topik ini lebih menarik perhatian. Adakah hari kiamat akan tiba pada 21 Disember nanti? Apa yang boleh kita buat pada hari itu?
• Apakah Rintangan yang Dihadapi Anjing Pemandu di Bandar? 2012-12-11
"Ordinan Pembinaan Persekitaran Tanpa Halangan" yang diumumkan oleh Dewan Negara China telah dilaksanakan secara rasmi pada 1 Ogos lalu. Sejak itulah, orang cacat penglihatan perlu mematuhi peraturan negara yang berkenan ketika membawa anjing pemandu di tempat awam, manakala pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan perkhidmatan dan kemudahan menurut peraturan tersebut.
• 12/12/2012 Akan Dilanda "Ribut Beli-belah Internet" Lagi? 2012-12-06
Angka "1" dianggap sebagai simbol bagi orang bujang kerana bentuknya seperti orang yang belum mendapat jodohnya. Sehubungan dengan itu, 11 hb November digelar sebagai "Hari Bujang" oleh generasi muda di China sejak beberapa tahun yang lalu.
• Tahu Tak Peribahasa China: Hu Jia Hu Wei 2012-11-29
Peribahasa ini menasihati kita supaya mempunyai visi untuk menyisihkan yang palsu dan mempertahankan yang benar. Jika tidak, kita akan mudah tertipu oleh mereka yang asyik menipu orang dengan menggunakan nama orang yang berwibawa, seperti pengalaman sang harimau dalam cerita tersebut.
• Mahukah Cuba "Perancang Lamaran"? 2012-11-27
Baru-baru ini, perkhidmatan perancang lamaran mula menjadi popular walaupun sektor ini masih berada pada peringkat awal di Tanah Besar China. Perancang lamaran merujuk kepada individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan merancang cara lamaran untuk pelanggan berdasarkan keinginan dan keadaan pelanggan itu.
• Tahu Tak Peribahasa China: Bai Fa Bai Zhong 2012-11-22
Peribahasa ini merujuk kepada seseorang yang pandai memanah, setiap panahannya kena tepat pada sasaran. Ia juga memberikan pengertian tentang seseorang yang dapat meramalkan sesuatu perkara dengan tepat dan penuh yakin.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China