Presiden Myanmar, U Thein Sein ketika ditemui Ketua Pengarah Syarikat Petroleum Kebangsaan China (CNPC), Liao Yongyuan di rumah presiden semalam berkata, paip minyak antara China dengan Myanmar yang akan siap dibina pada tahun ini membawa keuntungan kepada kedua-dua negara. Pihaknya akan berusaha menjamin keselamatan operasi tersebut.
Menurut U Thein Sein, Myanmar mengalu-alukan syarikat China melabur di negara tersebut.
Liao berkata, CNPC berusaha membantu rakyat Myanmar. Pihaknya telah membina banyak sekolah dan hospital di sekitar kawasan paip tersebut.








