China mempunyai sebanyak hampir 700 ribu buah kampung dan penduduk kampung seramai kira-kira 700 hingga 800 juta orang. Ketua jawatankuasa penduduk kampung ditugaskan sebagai pemimpin yang terpenting di setiap kampung. Siapa boleh memikul tugas sebagai ketua jawatankuasa penduduk kampung?
Gao Facang, Ketua Jawatankuasa Penduduk Kampung Maying, Kaunti Dengzhou, Provinsi Henan di bahagian tengah China, seorang yang berfikir dan bertindak dan sedang berusaha untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya baru-baru ini.
Para pelajar Kampung Maying telah mengakhiri pengalaman bersekolah di luar bangunan dan berpindah ke dalam bangunan baru. Untuk menjayakan perkara tersebut, Gao Facang, Ketua Jawatankausa Penduduk Kampung Maying yang berumur 53 tahun telah melaksanakan satu tugas besar.
"Saya telah banyak kali putus asa dan berasa kecewa oleh sebab gagal melakukan perkara ini. Kami tidak boleh mengabaikan kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah. Bagaimanapun, saya harus bersemangat sewaktu berjalan ke luar pintu untuk menyelaraskan perkara itu."
1 2 3 4 5
|