v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gao Facang, Ketua Jawatankuasa Kampung yang Ingin Melanjutkan Tempoh Perkhidmatannya

2007-10-01 14:01:30 CRI


Membina sekolah merupakan satu perkara penting dan tidak boleh hanya diambil keputusan oleh ketua jawatankuasa kampung seorang sahaja. Lokasi sekolah baru itu harus dipilih oleh semua penduduk yang bersama-sama menyumbangkan derma untuk dana pembinaan. Kampung Maying yang dipimpin oleh Gao Facang terdiri daripada 7 buah kampung kecil. Sekolah lama itu tidak mempunyai bangunan tetap dan dibina di sebuah kampung kecil yang agak jauh. Jika sekolah baru tetap dibina di kampung kecil itu, para pelajar terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk ke sekolah.



"Kampung kecil itu mempunyai penduduk seramai lebih 800 orang yang ingin supaya sekolah baru tetap dibina di kampung mereka. Kami mengalami kesulitan besar semasa memujuk mereka untuk mengadakan pungutan suara."



Gao Facang memutuskan untuk mengadakan rundingan yang disertai oleh wakil penduduk kampung.



"Seramai 147 orang wakil telah menyertai rundingan itu, antaranya 82% bersetuju supaya sekolah baru dibina di lokasi pusat antara ketujuh-tujuh kampung kecil. Sekiranya para pegawai jawatankuasa kampung kami berusaha memberikan alasan yang munasabah, kebanyak penduduk akan memahami keputusan tersebut.

1 2 3 4 5

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |