Akhirnya Gao Facang berjaya dipilih oleh penduduk sebagai ketua jawatankuasa kampungnya.
Pada tahun 2005, Jawatankuasa Kampung Maying memutuskan untuk membina jalan yang melibatkan perobohan sebuah rumah dengan lima buah bilik, antaranya terdapat tiga buah bilik yang dimiliki oleh Gao Facang. Beliau telah menggunakan 30 ribu yuan RMB untuk membina ketiga-tiga buah bilik itu yang berfungsi sebagai kedai baja. Jumlah wang ganti rugi ekoran perobohan bilik tersebut tidak memuaskan hati pihak pemiliknya.
Gao Facang berkata: "Mula mulanya, saya tidak mahu bilik itu dirobohkan. Sayang sekali jika rumah yang saya sendiri bina akan dirobohkan."
Lama-kelamaan, Gao Facang berfikir yang dia harus mempertimbangkan dari segi keseluruhan dan turut memujuk isterinya supaya menerima keputusan jawatankuasa kampung.
1 2 3 4 5
|