Gao Facang berkata: "Para penduduk semuanya menunggu jawapan bdaripada saya sebagai ketua jawatankuasa kampung dalam menangani masalah itu. Jika saya tidak merobohkan rumah saya sendiri untuk mewujudkan satu teladan, tentulah saya sukar untuk memujuk penduduk lain merobohkan rumah mereka bagi memudahkan kerja pembinaan jalan."
Pada masa sekarang, persekitaran Kampung Maying telah banyak dibaiki, jalan-jalan sudah selesai dibina, tapak asal rumah Gao Facang telah diubah menjadi padang rumput dan dibina kemudahan beriadah untuk para penduduk.

Wang Chengjin, penduduk Kampung Maying berkata: "Kami telah menggunakan tenaga suria dan gas metana serta dapat menikmati air paip, TV kabel dan pendidikan jarak jauh. Kami menggunakan gas metana sewaktu memasak seperti penduduk bandar dan setiap keluarga telah mempunyai traktor."
Sebelum tempoh perkhidmatan Gao Facang berakhir, beliau ingin melanjutkannya dan bercadang untuk menumpukan perhatian terhadap usaha menarik perusahaan besar melabur ke kampungnya.

Beliau berkata: "Kehidupan para petani kampung kami agak susah. Kehidupan mereka hanya bergantung kepada hasil pertanian dan sukar untuk memperoleh pendapatan yang banyak. Kami harus menarik peniaga dan perusahaan besar melabur di kampung kami.".
Setelah menerima wawancara, Gao Facang segera menunggang motosikalnya dan menuju ke lokasi pembinaan projek paip air kumbahan untuk melakukan pemantauan.
----AZMI 1 2 3 4 5
|