Pada masa sekarang, Sun Yumei telah mempunyai pengetahuan profesional tentang saham berbanding pada masa dahulu iaitu meniagakan saham hanya bergantung kepada rasanya oleh sebab kekurangan pengetahuan tentang saham dan tidak tahu menganalisis keadaan indeks.
Sun Yumei berkata: "Saya telah membeli sebuah waran bon pada tahun 1992 dan membeli sebuah saham. Dengan demikian, saya memulakan perniagaan saham setelah membuka akaun saham."
Pada 19 Disember 1990, Bursa Saham Shanghai telah ditubuhkan dan perniagaan saham mula beroperasi di China.
Sun Yumei memulakan perniagaan saham pada tahun 1992 dan sudah mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut selama 15 tahun.
Beliau berkata: "Pada masa itu, saya sama sekali tidak mengetahui pasaran saham. Akan tetapi, saya suka mencubai sesebuah perara baru dan bersama-sama teman sekerja membeli waran bon. Harga untuk membeli waran bon sebanyak 30 yuan RMB dan gaji saya hanya 100 yuan RMB lebih pada masa itu."
1 2 3 4
|