Nasib Sun Yumei adalah baik. Beliau telah membeli sebuah saham baru. Pada empat tahun selepas itu, saham baru yang Sun Yumei beli itu telah dipasarkan dan turut mendatangkan faedah sebanyak lebih 6,000 yuan RMB kepada Sun Yumei.
Beliau berkata: "Pada tahun 1993, indeks bursa saham China bermula naik melambung. Saya telah membeli sebuah saham dengan harga 27 yuan RMB seunit dan saya membeli 100 unit sewaktu indeks bursa saham mencapai 1,300 mata. Saya tidak berani membeli banyak disebabkan kekurangan kemampuan. Bursa saham telah jatuh tidak lama lagi dan indeksnya turut jatuh kepada lebih 300 mata sahaja. Saya juga kecewa dan malas menangani perniagaan saham lagi."

Dalam tempoh selama enam tahun iaitu dari tahun 1993 hingga 1999, Bursa Saham China telah mengalami beberapa kali peningkatan dan kejatuhan. Sun Yumei telah membeli beberapa saham dengan harga rendah sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Beliau berkata: "Saya mempunyai wang kelebihan dan telah membeli beberapa saham. Pendapat saya ialah pelaburan terhadap bursa akan mendatangkan faedah lebih banyak daripada simpanan dalam bank."
Setelah mengadakan perniagaan saham selama 15 tahun, Sun Yumei telah menguasai kemahiran yang mencukupi dan cekap menangani pelbagai urusan tentang saham, mislanya beliau amat mengetahui pelbagai istilah bursa, memahami indeks bursa, menganalisis arah aliran harga saham, menyelidik perkembangan sesebuah perusahaan berdasarkan indeks sahamnya dan lain-lain.
1 2 3 4
|