Setelah bersara, Sun Yumei semakin meningkatkan pengetahuannya terhadap saham dan ingin menggunakan perisian komputer untuk meniagakan saham.
Beliau berkata: "Saya benar-benar menjadi peniaga saham yang profesional bermula pada bulan Januari 2007. Pada masa dahulu, saya hanya mengadakan jual beli saham menerusi telefon. Lama-kelamaan, saya mendapati perniagaan saya sering terjejas akibat operasi telefon yang sibuk. Maka, saya memutuskan untuk menggunakan perisian komputer untuk meniagakan saham."
Pada tengah hari semasa bursa saham berehat, teman Sun Yumei yang juga peniaga saham menelefonnya dan kedua-dua orang itu turut berbual-bual tentang keadaan perniagaan saham pada pagi itu. Sun Yumei memberitahu wartawan CRI bahawa hampir semua teman dan saudara maranya meniagakan saham dan saham telah menjadi topik utama dalam perbualan mereka.
Keyakinan peniaga saham China bukan sahaja berpunca dari pelaksanaan pembaharuan sistem hak milik saham yang dimulakan pada tahun 2005, tetapi juga berkaitan rapat dengan perkembangan ekonomi China yang pesat. Keluaran Dalam Negara Kasar China telah meningkat kepada 20,940 bilion yuan RMB pada tahun 2006 berbanding lebih 300 bilion yuan RMB pada tahun 1980. Dalam tempoh selama 27 tahun yang lalu, jumlah penduduk miskin China telah dikurangkan kepada 23 juta daripada 250 juta. Serentak itu, kerajaan China mengemukakan konsep "pembangunan masyarakat harmoni" yang mendapat sambutan baik.
Indeks sintesis Bursa Saham Shanghai China melambung kepada 5,000 mata pada bulan Ogos 2007 daripada 1,163 mata pada 4 Januari 2006. Menurut data terkini yang diumumkan pada bulan September tahun ini, jumlah akaun saham perseorangan China telah mencatat lebih 100 juta buah.
----AZMI 1 2 3 4
|