Penduduk China sering menggunakan basikal yang pernah menjadi alat pengangkutan utama bagi penduduk China dalam jangka masa panjang yang lalu. Seiring dengan peningkatan taraf kehidupan rakyat di China, wilayah bandar diperluas secara berturut-turut dan basikal telah kehilangan kelebihannya pada waktu dahulu dan turut digantikan dengan kereta yang lebih cepat dan selesa.
Bagaimanapun, penambahan kereta bersendirian juga mendatangkan pelbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran terhadap alam sekitar.
Dengan demikian, "berjalan kai" mula menjadi popular di China.
Penduduk bandar di China sudah biasa mengayuh basikal dalam perjalanan ke pejabat pada tahun 1970-an hingga 1980-an. Pelancong asing yang baru tiba di bandar Beijing sering terkejut dengan basikal-basikal yang membanjiri jalan-jalan dan berkeluh, "Orang China memang pintar, mengayuh basikal bukan sahaja berfaedah bagi kesihatan, tetapi juga berfaedah bagi perlindungan alam sekitar."
China memang digelar sebagai negara yang banyak penggunaan basikal. Menurut statistik terkini bahawa pada masa sekarang, jumlah pengeluaran basikal mencatat kira-kira 130 juta buah di dunia. Jumlah pengeluaran basikal China menduduki lebih 60% jumlah keseluruhan dunia manakala jumlah pengguaan dalam negeri China juga menduduki tempat pertama di dunia. Penduduk China suka akan basikal.
1 2 3 4 5
|