Puan Hu Min yang dilahirkan pada tahun 1970-an bekerja di Beijing sekarang. Beliau mengenang kembali pengalamannya yang berkaitan dengan basikal.

Hu Min berkata: "Saya mula mengayuh basikal semasa saya sangat kecil. Impian saya pada waktu itu adalah bertugas sebagai posmen disebabkan posmen boleh mengayuh basikal setiap hari."
Setelah diterima untuk melanjutkan pengajian di universiti, Hu Min berpindah dari kampung halamannya ke bandar Beijing. Alat pengangkutannya tetap basikal.

Hu Min berkata: "Saya berasa selesa apabila mengayuh basikal dalam tempoh pengajian di universiti. Udara di bandar Beijing agak bersih pada lebih sepuluh tahun yang lalu. Saya tidak berasa susah sewaktu mengayuh basikal pergi ke Taman Bukit Xiangshan, perpustakaan dan panggung. Pengalaman seumpama itu memang menyeronokkan."

Pada tahun 1997, Hu Min menamatkan pengajian di universiti dan memulakan pekerjaannya. Beliau tetap menggunakan basikal sewaktu masuk dan pulang dari kerja.
1 2 3 4 5
|