Puan Zhang Lingge, sarjana yang berijazah perlindungan alam sekitar berpendapat bahawa setiap orang penduduk boleh melindungi alam sekitar semasa perjalanan.

Beliau menjelaskan: "Misalnya, jika memandu kereta, anda boleh memilih kereta yang bersih iaitu pelepasan eksosnya tidak banyak. Jika menggunakan taksi, anda boleh membawa beberapa orang lain supaya dapat meningkatkan keefiseinan penggunaan taksi itu. Jika menaiki kereta api bawah tanah, bas awam dan basikal atau berjalan kaki, ini lebih berfaedah bagi usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas."

Difahamkan bahawa kerajaan bandar Beijing dalam Perancangan Pembinaan Perbandaran Keseluruhan dari tahun 2004 hingga 2020 telah mengemukakan bahawa basikal tetap akan digunakan sebagai salah satu alat pengangkutan utama dalam sistem lalu lintas perbandaran pada masa yang akan datang.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi kerajaan bandar Beijing, Liu Xiaoming ketika diwawancara oleh wartawan telah memperkenalkan tindakan kerajaan Beijing bagi memudahkan penduduk menggunakan basikal. Beliau berkata: "Kami akan menyediakan persekitaran yang baik kepada pengguna basikal dalam perjalanan di bandar."
----DAZHONG 1 2 3 4 5
|