Hu Min berkata: "Pada waktu itu, saya memilih basikal sebagai alat pengangkutan kerana kosnya murah dan penggunaannya agak mudah. Saya baru bekerja dan hanya bekemampuan untuk beli basikal pada waktu itu."
Pada tahun 1980-an hingga awal 1990-an, kebanyakan penduduk bandar China seperti Hu Min menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan utama. Seiring dengan ekonomi berkembang pesat, taraf kehidupan penduduk China telah semakin meningkat dan permintaan terhadap penggunaan kereta juga meningkat.

Pada tahun 2000, Hu Min disediakan sebuah kereta oleh syarikatnya.
Beliau berkata: "Pada waktu itu, saya berasa amat bangga setelah mempunyai kereta sendiri. Saya memandu kereta meskipun perjalannya pendek. Saya berasa agak mudah apabila memandu kereta bagi menangani urusan."
Di China, terdapat semakin ramai penduduk telah mempunyai kereta bersendirian. Misalnya, di bandar Beijing, jumlah kereta bersendirian bertambah seribu buah setiap hari. Setakat ini, jumlah keseluruhan kereta bersendirian di bandar Beijing telah mencatat 3.1 juta buah. Pada dua tahun yang lalu, jumlah tersebut hanya mencatat 2.5 juta buah.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan bandar Beijing sedaya upaya meningkatkan peruntukan bagi membaiki kemudahan lalu lintas. Akan tetapi, pembinaan jalan raya tidak secepat dengan pertambahan kereta bersendirian dan akhirnya kesesakan lalu lintas menjadi semakin serius.
Kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat giat mencari cara bagi mengatasi masalah tersebut, misalnya mengenakan sekatan terhadap penggunaan kereta bersendirian, membina kota satelit, giat mengembangkan perkhidmatan lalu lintas awam dan sebagainya.
1 2 3 4 5
|