v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukarelawan yang Bertugas Menunjuk Jalan Semasa Sukan Olimpik Beijing

2008-07-15 09:54:44 CRI

Mulai bulan ini, ratusan ribu sukarelawan daripada lebih 500 pertubuhan bertugas bagi menyediakan maklumat Sukan Olimpik Beijing di 18 buah daerah dan kaunti di seluruh bandar ini. Mereka akan menyediakan maklumat kepada wartawan, penonton, pelancong dan penduduk awam dari dalam dan luar Negara. Ini berhubung dengan persekitaran Sukan Olimpik Beijing seperti lokasi stadium Sukan Olimpik, cuaca bandar, tunjuk jalan, restoran, hotel, lalu lintas, pusat beli-belah, hiburan, penterjemahan dan perkhidmatan menyelamat kecemasan.

"Apa khabar, tumpang Tanya, mana jalan ke stesyen kereta api?"

"Encik boleh menaiki bas itu…"

Sukarelawan dari Sekolah Vokasional Huijia Beijing, He Xin berpakaian seragam baju-T yang berwarna biru mulai menjalankan tugasnya di Daerah Changping, tumpuan pelancong ke Beijing pada 1 Julai. Beliau melaksanakan tugas menunjuk jalan kepada mereka yang ingin pergi ke stadium dan tapak perlumbaan trithon Sukan Olimpik serta destinasi pelancongan di Daerah Changping.

Sebelum memulakan tugas ini, He Xin telah mengikuti latihan selama hampir 2 bulan.

Beliau berkata: "Saya diberi tanggungjawab bagi menjalankan misi sukarelawan di 2 pusat peralihan trafik utama di daerah Changping. Saya, antara beberapa orang lagi sukarelawan bertugas di sini. Dalam tempoh hampir 2 bulan yang akan datang, kami akan menyediakan maklumat kepada mereka yang ingin ke destinasi pelancongan, jalan-jalan, lokasi stadium, membantu kecemasan dan trafik awam."

Menunjuk jalan menjadi kerja utama bagi sukarelawan yang bertugas untuk Sukan Olimpik.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |