v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukarelawan yang Bertugas Menunjuk Jalan Semasa Sukan Olimpik Beijing

2008-07-15 09:54:44 CRI

Apa yang menarik dalam kumpulan ini, sukarelawan kurang upaya nampaknya agak menonjol.

Puan Gao Yuhong, seorang yang kurang upaya tidak mampu berjalan disebabkan penyakit polio semasa bayi, bertugas sebagai Ketua Tim Penunjuk Jalan Daerah Haidian Beijing. Pada setiap hujung minggu, beliau menjalankan tugasnya bagi menunjuk jalan untuk pelancong di hadapan Taman Yihe.

Beliau berkata: "Saya mengidap penyakit polio bayi. Untuk membalas budi masyarakat yang memberi perhatian besar kepada saya, saya memutuskan untuk berkhidmat dalam tim sukarelawan ini."

Berdasarkan anjuran Puan Gao, Jawatankuasa Penduduk Jalan Qinglongqiao Daerah Haidian Beijing menubuhkan pos penunjuk jalan yang terdiri daripada 14 orang anggota sukarelawan pada bulan Ogos 2006. Mereka berjanggungajwab menyediakan perkhidmatan kepada pelancong di hadapan Taman Yihe pada setiap hujung minggu.

Puan Gao berkata: "Mula-mulanya, tim kami mempunyai lebih sepuluh orang anggota sahaja. Lama-kelamaan, semakin ramai yang berminta menganggotai tim ini termasuk penduduk awam, siswa-siswi dan anggota polis. Sekarang jumlah anggota tim kami meningkat kepada hampir seratus orang."

Taman Yihe, tapak peninggalan sejarah yang terkenal di Beijing dibanjiri puluhan ribu pelancong secara purata setiap hari. Di setiap pintu masuk taman tersebut, sukarelawan Tim Penunjuk Jalan Haidian sedia menunggu untuk memberi perkhidmatan.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |